Sambung belajar atau tidak?

 



Saya sambung degree sebab Ayah saya nak setiap anaknya ada segulung Ijazah. Saya buat keputusan untuk buat dia rasa bangga. Tapi dalam masa yang sama saya ada perasaan tak nak sambung. Nak tahu tak? sebenarnya saya pernah rasa nak berhenti belajar. Sebab saya takut tak dapat nak meneruskan sesi pembelajaran secara atas talian ini dengan baik. Belajar atas talian ni susah, buat grouping assignment lagi susah. Saya rasa macam saya buat semua ni untuk apa? adakah ini betul-betul menjamin masa depan saya? terus dapat kerja tetap? apa yang boleh menjamin masa depan saya? Saya selalu bertanyakan soalan-soalan ini pada diri saya. Sebab bila saya mula rasa down, semua persoalan keluar. Saya sendiri tak mampu nak buat keputusan. Sebab saya memikirkan kedua ibu bapa saya. Saya cuma ikut je. Mungkin orang lain tak nampak masalah saya, sebab saya seorang yang tak suka tunjuk kesedihan, tapi sampai bila? Saya juga memerlukan rakan untuk sentiasa beri sokongan untuk saya teruskan semangat saya menghabiskan waktu ijazah. Semoga niat saya betul dan saya akan cuba belajar dengan hati yang gembira. InsyaAllah. 


Tengok video motivasi dibawah yang sentiasa bagi saya kekuatan baru:



Segamat, Johor


Korang pernah dengar Segamat, Johor? Pernah datang tak? Belum kan? so biar saya bawak korang tour sekejap. Jom tekan link video di atas.

AKTIVITI SAYA KETIKA CUTI MID-SEM

Ketika cuti mid-sem saya ada banyak assignment yang perlu dihantar, laptop pula ada masalah. Saya cuba selesaikan assignment yang perlu dihantar seawal yang mungkin. Keadaan ini membuatkan saya serabut dan stress. Saya membuat keputusan untuk berehat dan mencari perkara yang boleh saya lakukan untuk menenangkan saya. Saya mendapat khabar di lama sosial, menyatakan banjir besar berlaku di Selangor, saya turut mengikuti perkhabaran tentang banjir. Apabila banjir sudah surut, saya pergi ke Selangor untuk membantu mangsa banjir mengemas rumah dan memberi sedikit sumbangan makanan. Terlalu besar ujian mereka, ada yang kehilangan harta benda, keluarga, dan barang-barang dirumah juga tidak dapat diselamatkan. Saya turut bersimpati dengan apa yang berlaku, jadi saya sebagai sukarelawan untuk membantu saya dan rakan-rakan cuba bantu untuk mengemas rumah mereka.

Berikut merupakan gambar-gambar ketika saya berada di sana:







AKTIVITI DI UPSI


Sekarang saya masih belajar dalam talian dan saya belum ada pengalaman berada di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI). Jadi saya hanya mampu menyertai program secara dalam talian.

 Berikut merupakan bengkel tari yang telah saya sertai:


Bengkel ini diketuai oleh Encik Raziman, beliau merupakan seorang pensyarah di Fakulti Muzik dan Seni Persembahan (Tari). Ketika bengkel berlangsung, saya perasan yang ramai pelajar menyertai bengkel ini untuk mendapat ilmu baharu. Saya amat sokong dengan adanya bengkel seperti ini, pelajar dapat ilmu dan pengalaman yang lebih banyak dalam tarian. 


untuk sijil/dokumen yang saya peroleh sila tekan sini.

HOBI SAYA

💘💛 Apakah hobi saya?

Hobi saya yang pertama adalah saya suka pergi melancong. Hal ini kerana, saya lebih suka menikmati alam semula jadi kerana ianya menenangkan saya, seperti melancong ke pulau yang mempunyai pemandangan laut dan saya juga suka pergi 'short vacation' bersama rakan-rakan atau keluarga. Ini boleh membantu untuk kita mengeratkan lagi hubungan antara satu sama lain kerana kita melakukan aktiviti bersama. Kita juga mampu untuk meluahkan apa yang terasa dihati bersama mereka.

Hobi saya yang kedua adalah saya suka membuat aktiviti sukan lasak, seperti membuat pelbagai aktiviti extreme, membuat latihan parkour dan bermain bola freestyle. Hal ini kerana, saya mampu melepaskan segala stress dan fikiran yang serabut apabila melakukan aktiviti yang berkaitan. Saya sangat menyukai hobi-hobi yang telah saya nyatakan. 

                      


                     

                 


Lagu yang sentiasa membantu saya menenangkan diri apabila stress dan serabut, korang boleh tekan lagu dibawah ni tau!




Sekiranya ada yang mempunyai minat sama seperti saya, satu pesanan ringkas. "Kalau minat, teruskan dan jangan berhenti membuat apa yang kita suka". Nak tahu lebih lanjut? Tunggu next post pula! 😜




PENGENALAN DIRI





Bismillahhirahmannirohim hai, nama diberi Nur Farah Batrisyia Binti Razali, kini saya berumur 21 tahun. Dah tua dah tapi jiwa masih muda hahaha, gurau-gurau. Biar saya teruskan, saya berasal dari Segamat, Johor. Saya mempunyai 5 orang adik beradik tau, dan saya merupakan anak yang kedua dari lima adik-beradik. Sekarang saya sedang menyambung pengajian di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI). 

Walaupun saya merupakan pelajar kemasukan baru dari Diploma Uitm, banyak perkara yang saya pelajari di Upsi. Ramai kenalan baru dan rakan-rakan yang sering membantu dalam apa jua perbincangan. Maklumlah sekarang ni hanya belajar online, jadi saya masih tak dapat betul-betul mengenali rakan sekelas saya. Saya berharap bila Upsi memulakan pembelajaran secara face-to-face saya dapat mengenali rakan sekelas saya dengan lebih rapat. 

Ha setakat ini sahaja pengenalan diri saya. kalau nak tahu lebih tunggu next post okay!😇


Sambung belajar atau tidak?

  Saya sambung degree sebab Ayah saya nak setiap anaknya ada segulung Ijazah. Saya buat keputusan untuk buat dia rasa bangga. Tapi dalam mas...